Tidak dapat disangkalkan lagi bahawa penguasaan di dalam bidang ICT dan juga multimedia khususnya membawa impak yang mendalam di dalam sesuatu bidang pada zaman sekarang. Penggunaan internet yang meluas juga memungkinkan sesuatu pekerjaan ataupun perkara dapat dicapai dengan lebih mudah dan singkat. Begitu juga halnya dengan penggunaan internet dan aplikasi yang dapat memudahkan pekerjaan setiap individu.
Menyedari tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di PEDi, dua orang pencari pekerjaan telah menyertai kelas Resume menggunakan aplikasi Canva.com pada 2 November yang lalu bertempat di PEDi Pokok Sena.
Kelas Resume yang dijalankan selama satu jam tersebut menekankan kepada cara dan penggunaan template yang sesuai digunakan oleh peserta bagi menghasilkan resume yang lengkap dan bersesuaian dengan kehendak yang dicari oleh majikan. Pengajar juga memberi tunjuk ajar tentang cara penggunaan format di dalam resume dan cara-cara untuk menjadikan resume tersebut lebih menyerlah dan menarik perhatian.
Kedua peserta yang menyertai kelas resume tersebut mengakui bahawa dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang diberikan oleh tenaga pengajar sedikit sebanyak membantu mereka untuk lebih yakin dan mahir dalam menggunakan aplikasi Canva.com yang mana boleh diterapkan oleh mereka di dalam pembuatan poster, flyers dan sebagainya.
Kesempatan kelas yang berlangsung selama satu jam ini telah digunakan oleh tenaga pengajar untuk memberi taklimat tentang PDPA (Akta Perlindungan Data Peribadi) kepada para peserta supaya peserta akan lebih berhati-hati dan tidak menjadi mangsa penipuan internet.