Pada 6 November 2022 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah menjalankan kelas latihan asas Microsoft Word kepada para pelajar sekolah rendah SK Batang Maro. Tiga orang peserta telah mengikuti kelas ini. Objetif utama kelas tersebut diadakan adalah untuk memberi pendedahan dengan memastikan semua peserta faham dengan asas-asas Microsoft Word.
Selain itu, peserta turut diberi bimbingan dengan membuat carta organisasi dari jawatan pengerusi sehingga ke ahli jawatankuasa persatuan. Melalui latihan tersebut mereka dapat mengenalpasti bentuk, menukar saiz tulisan, menukar jenis tulisan, menukar pelbagai warna tulisan ataupun latarbelakang serta menukar border pada tulisan dan bentuk. Dengan adanya latihan tersebut mereka dapat membuat carta organisasi di sesebuah persatuan dengan hasil yang sangat memuaskan.