Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Semuba telah Kelas Asas Canva Membuat Resume kepada peserta komuniti kampung Semuba. Kelas ini telah diadakan pada 14 November 2022 pada jam 3 petang sehingga 4 petang. Sepanjang Kelas berlangsung, Staf PEDi membantu peserta untuk membuat kreatif resume dengan betul.
Kelas ini bertujuan untuk membantu peserta untuk menggunakan aplikasi Canva dengan baik dan menggunakan fungsi-fungsi yang disedaikan oleh Canva dengan betul. Dalam kelas ini peserta diajar cara untuk menggunakan template yang telah disediakan didalam aplikasi Canva, Staf mengajar peserta untuk memilih template yang percuma supaya template itu boleh diubah suai.
Staf PEDi juga mengajar cara untuk menukarkan text didalam template dan memasukan maklumat peserta yang berkaitan didalam aplikasi Canva. Setelah siap, peserta diajar cara untuk muat turun kreatif resume yang dihasilkan oleh peserta dengan betul supaya salinan kreatif resume peserta boleh dicetak bila-bila diperlukan.