Sembang Santai MIV Wilayah Persekutuan Tahun 2022

PEDi Presint 18 telah mengikuti Sembang Santai Malaysia ICT Volunteer (MIV) peringkat Wilayah Persekutuan secara atas talian menggunakan Zoom. Aktiviti ini di hadiri oleh semua Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Di kelola oleh Tuan Katirawaan Rajadran , Timbalan Pengarah Pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah Persekutuan dan Puan Juliana Irni Jamaludin, Penolong Pengarah Pejabat SKMM Wilayah Persekutuan.

Sembang santai ini bertujuan untuk membincangkan perkara-perkara berbangkit ketika berlangsungnya program MIV peringkat Wilayah Persekutuan selama 3 bulan yang akan berakhir pada 21 November 2022. Disamping itu juga sukarelawan – sukarelawan MIV juga memberi perkembangan aktiviti-aktiviti Klik Dengan Bijak (KDB) serta ICT dan juga hantaran-hantaran yang dimuat turun di media sosial yang akan di muat turun ke dalam laporan akhir MIV.

Di akhir sesi, semua sukarelawan MIV serta staf PEDi WP diberi peringatan ringkas mengenai penghantaran laporan akhir MIV berserta video dan gambar sepanjang aktiviti MIV peringkat WP yang berlangsung dari 20 Ogos sehingga 21 November 2022. Dan laporan akhir MIV perlu dihantar sebelum atau pada 27 November 2022. Sesi sembang santai berlangsung selama sejam dari pukul 11:00 pagi hingga 12:00 tengah hari, sesi diakhiri dengan sesi bergambar.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *