Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia PPR Seduan Rantau Panjang telah mengadakan program Penerangan Tentang Penipuan Kewangan. Tujuan program ini diadakan ialah mengisi masa lapang peserta dengan aktiviti yang berfaedah dan menambah pengetahuan peserta tentang gejala Penipuan Kewangan.
Program ini sedikit sebanyak memberi ilmu dan pengetahuan kepada peserta tentang gejala penipuan keawangan ini yang semakin berleluasa. Program ini berlangsung selama 2 jam dari pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Pihak PEDi PPR Seduan amat berbesar hati dapat berkongsi ilmu kepada peserta dan berharap semoga program Penerangan Tentang Penipuan Kewangan yang disampaikan bermanfaat.