Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah menyediakan video “Cara Mudah Mendaftar TikTok Shop” yang berdurasi minit 37 saat. Tujuan video tersebut dihasilkan adalah untuk memberikan input berkaitan cara mudah untuk memulakan perniagaan di TikTok.
Umum mengetahui bahawa aplikasi TikTok menjadi antara aplikasi paling banyak dimuat turun di seluruh dunia. Pelbagai tips, tutorial, video masakan dan banyak lagi boleh ditonton melalui TikTok. Selain itu, TikTok juga memperkenalkan TikTok Shop dan peniaga sudah tentunya mengambil peluang ini untuk menambah pendapatan. Semua peniaga dialu-alukan untuk berjualan di TikTok Shop walaupun 0 follower. Proses pendaftaran adalah percuma dan tiada yuran tersembunyi.
Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya video tersebut mampu membantu masyarakat untuk memulakan perniagaan mereka di TikTok Shop.