Kelas Fotografi ini diadakan bagi memberi bimbingan kepada usahawan tempatan dalam mengambil gambar yang sesuai dan berkualiti bagi tujuan pemasaran produk jualan perniagaan usahawan.
Kelas Fotografi yang berlangsung di Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Pandan, selama 40 minit ini bermula dari pukul 3.00 petang disertai oleh 1 orang dewasa. Dalam kelas berikut staf PEDi memberi tunjuk ajar kepada usahawan tentang cara untuk menggunakan “photography box” atau kotak fotografi yang merupakan studio mini bagi mendapatkan gambar yang berkualiti tinggi dan sesuai untuk diiklankan sebagai gambar produk jualan. Kelas tamat pada pukul 3.40 petang.