Kelas Asas Komputer telah diadakan di Pedi Macahan yang terdiri daripada 10 Orang Pelajar Sekolah Menengah. Kelas ini merupakan sambungan daripada pembelajaran pada minggu pertama Kelas Asas Komputer. Pada minggu ini,mereka telah belajar menaip Surat Rasmi menggunakan Word iaitu, format penggunaan yang betul. Seterusnya, mempelajari cara untuk menyimpan dokumen yang telah mereka siap ditaip dalam folder.
Akhir kelas,mereka diturut diberi ceramah Advokasi mengenai “Klik Dengan Bijak” yang bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar agar mereka tidak terpedaya dan menjadi mangsa buli siber dan sentiasa peka dengan “Scammer”.