Membuat Biodata

Kelas ICT Powerpoint diadakan pada hari Sabtu, 3 December 2022. Kelas Powerpoint ini diadakan bagi mengajar dan membimbing murid sekolah tentang cara membuat menyediakan slaid pembentangan dengan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Kelas ICT yang berlangsung di bilik latihan PEDi Kampung Pandan tersebut diadakan selama 1 jam bermula dari pukul 10.00 pagi, disertai oleh 3 orang murid sekolah rendah. Kelas dimulai dengan memperkenalkan Microsoft Powerpoint dan fungsinya kepada murid-murid.

Staf PEDi kemudian turut membimbing pengguna dalam pemilihan tema untuk slaid pembentangan masing-masing. Para pengguna turut dibimbing dalam pemilihan gambar yang telah dimuat turun untuk dimasukkan ke dalam Powerpoint. Staf PEDi turut menunjukkan cara untuk mengedit gambar yang telah dimuat turun seperti cara membuang latar belakang gambar yang tidak diperlukan.

Staf PEDi turut menunjukkan cara untuk menukar fon dan saiz tulisan. Pengguna turut diberi bimbingan dalam pemilihan animasi untuk setiap slaid biodata mereka. Semua murid berasa teruja kerana berjaya menyediakan slaid pembentangan masing-masing. Kelas tamat pada pukul 11.00 pagi.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *