Bendang Nyangat

Kewujudan kolam air panas di Kampung Ara Panjang menjadi suatu daya tarikan pelancongan di Manong. Jarak dari Pusat Internet Pekan Manong hanya 6km sahaja ke kolam air panas.

“Bendang Nyangat” merupakan panggilan nama yang diberikan oleh penduduk kampung kerana kerana kawasan tersebut dahulunya merupakan kawasan bendang yang mengeluarkan air hangat (nyangat) secara semula jadi.

Dikatakan kolam air panas ini mampu menyembuh penyakit kulit dan dapat memberi pengunjung merehatkan minda sambil merendam kaki di dalam kolam air panas. Keindahan landskap semula jadi yang cantik menjadi suatu daya tarikan kepada para pengunjung malah kawasan ini pernah dijadikan sebagai ilham kepada para pelukis dari Persatuan Pelukis Perak (PPP) dalam program plein air.

Kolam Air Ara Panjang mampu dikomersialkan kerana ia mempunyai sejarah yang tersendiri dan kini dalam perancangan untuk dinaiktarafkan lagi setanding dengan kolam air panas lain yang terdapat di negeri Perak.

dav