Kelas Asas Microsoft Office Excel dan Canva

Pada 18 Disember 2022, Kelas Asas Microsoft Office Excel dan Canva telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint dan aplikasi Canva serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Excel dan membuat latihan menghasilkan jadual asas kira-kira dengan menggunakan formula asas yang terdapat dalam Microsoft Office Excel.

Bagi sesi pembelajaran aplikasi Canva pula, peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang canva serta diajar bagaimana untuk mencipta iklan dan poster bagi produk yang dihasilkan. Pada akhir sesi, peserta turut diterangkan mengenai pengenalan kepada internet.

Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 4 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Penyebaran Maklumat Palsu. Kelas tamat pada sekitar pukul 1.00 petang. Kehadiran adalah seramai 4 orang peserta iaitu belia dari Rumah Panjang Semalau, Jerijeh Baru.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *