Amirun Hidayat merupakan ahli PEDi yang diberi tunjuk ajar oleh staff di dalam menghasilkan resume. Pada mulanya, Amirun memilih untuk menghasilkan resume menggunakan Microsoft Word.
Setelah diberi pendedahan dan tunjuk ajar berkenaan dengan aplikasi Canva, akhirnya beliau memilih untuk menghasilkan resume menggunakan Canva. Resume yang dihasilkan kini dapat membantu Amirun untuk mencari pekerjaan.