PEDi Presint 9 Fasa 10 telah menjalankan kelas Latihan Pemantapan ICT untuk ahli PEDi yang melibatkan 7 orang peserta yang terdiri daripada 7 orang peserta lelaki Latihan ini berlangsung selama 2 jam bermula pada pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang bertempat di Bilik Latihan PEDi Presint 9 Fasa 10. Pada sesi ini, petugas memberi tunjuk ajar cara menggunakan Microsoft Word dan diakhir sesi diadakan pertandingan kuiz kahoot bertemakan Kuiz ICT Online.
Melalui aktiviti ini :
Peserta mempelajari cara menggunakan Microsoft Word untuk menulis text, membina jadual dan memasukkan gambar.
Peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam penggunaan komputer dan cara menggunakan Microsoft Word.
Petugas dapat melihat tahap pemahaman dan pengetahuan peserta melalui kuiz kahoot dimana peserta perlu memilih jawapan yang tepat.