Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS

Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 3 dan Pusat Ekonomi Digital Presint 9 Fasa 10 telah mengadakan Kelas Asas Komputer Bersama Tabika KEMAS Kaktus. Seramai 39 orang pelajar Tabika Kemas Kaktus telah menghadiri kelas ini. Mereka terdiri daripada 17 orang pelajar lelaki dan 22 orang pelajar perempuan. Kelas ini telah diadakan sebanyak 2 sesi bermula pada pukul 9.30 pagi sehingga 11.30 pagi.

Melalui aktiviti ini :

Peserta diberi pendedahan kepada perkakasan komputer seperti Monitor, Tetikus, Papan Kekunci dan fungsinya.
Peserta berpeluang belajar matematik sambil bermain dalam aktiviti pembelajaran iaitu Molly Up to Ten dan Additions till 10 with SpinIt.
Peserta dapat belajar menggunakan applikasi atas talian yang menarik dan interaktif sekaligus membantu mereka lebih terdedah kepada penggunaan komputer.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *