Program Riadah Santai 1000 Langkah yang telah berlangsung pada 14 Januari 2023 adalah program anjuran pihak komuniti Presint 16 yang terdiri daripada warga blok Presint 16 sendiri yang merangkumi daripada golongan ibubapa dan kanak-kanak. Program ini bermula pada pukul 10.00 pagi dengan aktiviti memanaskan badan telebih dahulu dengan senaman-senaman ringan kemudian agihan sarapan pagi dilakukan sebelum aktiviti larian santai dimulakan.
Pada pukul 10.30 pagi aktiviti larian dimulakan daripada Blok B2, matlamat program ini adalah peserta-peserta yang menyertai perlu menyempurnakan larian mereka dengan mencukupkan langkah sebanyak 1000 langkah.
Tambahan lagi, kami staff PEDi Presint 16 mengambil peluang ini untuk bertemu beramah mesra bersama warga setempat dan menjalankan advokasi Klik Dengan Bijak.