Pada 21 Januari 2023, telah diadakan sesi KDB Talk Mengenai “Maklumat Palsu” di saluran Tiktok Live . Sesi live ini bermula dari jam 5.00 -petang hingga 5.30 petang.
Sesi Live KDB Talk ini telah disampaikan oleh staf PEDi kepada pengguna tiktok yang lain. Staf memberi penerangan mengenai maksud maklumat Palsu. Selain daripada itu, Staf PEDi memberi penerangan mengenai kaedah SURE iaitu “Sources, Understand, Research and Evaluate” yang boleh dilakukan oleh pengguna internet sekiranya menerima maklumat palsu. Di samping itu juga, staff PEDi turut menerangkan mengenai kesan-kesan penyebaran maklumat Palsu.
Staf turut mamaklumkan bahawa Website sebenarnya.my boleh digunakan bagi melihat sesuatu maklumat itu benar atau tidak. Sebelum mengakhiri live tiktok, staf PEDi terut mengingatkan pengguna internet supaya tidak menyebarkan maklumat yang diragui dan tidak pasti kepada orang lain.