Pembentangan Audiovisual Bersama PEDi

Pada 25 Januari 2023 – PEDi Kg Karangan telah bekerjasama bersama PEDi Repek, PEDi Kajang Sebidang, dan PEDi Lawang dalam satu sesi perkongsian LIVE di Facebook untuk berkongsi mengenai topik Canva : Pembentangan Audiovisual yang merupakan satu pilihan menarik yang terdapat dalam Canva. Sesi LIVE ini menggunakan aplikasi StreamYard LIVE menerusi laman Facebook PEDi Repek.

Perkongsian kali ini adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu kepada semua rakan Facebook yang menonton LIVE tersebut berkaitan platform lain yang boleh digunakan untuk membuat slaid perbentangan selain menggunakan Microsoft PowerPoint. Staf PEDi telah mengajar cara untuk menggunakan Canva bagi menghasilkan slaid yang menarik dengan memasukkan audio dan animasi ke dalam templat yang telah tersedia.

Staf PEDi menunjukkan tutorial bermula daripada cara menggunakan Canva dengan mudah dan kreatif seterusnya menghasilkan sebuah slaid pembentangan audiovisual yang ringkas dan menarik. Ikuti LIVE tersebut yang dikongsikan di laman Facebook rasmi PEDi masing-masing yang boleh ditonton di pautan atau “link” berikut :
https://www.facebook.com/PEDiKgRepek/videos/744674910408809

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *