Latihan Menaip

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia Spaoh (PEDi Spaoh) telah mengadakan kelas “ICT: Microsoft Word (Latihan Menaip)”. Tujuan kelas tersebut diadakan adalah untuk mengasah lagi bakat menaip para pelajar yang telah mengikuti kelas Microsoft Word sebelum ini. Seramai 8 orang pelajar yang hadir untuk mengikuti kelas tersebut. Kelas tersebut berlangsung selama 1 jam 30 minit.

Kelas tersebut telah memberi ruang dan peluang kepada para pelajar untuk belajar sendiri cara menaip dengan pantas dan betul. Para pelajar yang hadir diberikan satu kertas yang mengandungi cerita “Arnab dan Kura-Kura” dan mereka dikehendaki untuk menaip cerita tersebut.

Pihak PEDi Spaoh berharap dengan adanya kelas tersebut, para pelajar dapat meningkatkan lagi kemahiran menaip mereka.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *