Taklimat KDB Bersama Kluster Pasir Puteh & Besut

Pada 5 February 2023, PEDi Gong Kulim teleh menyertai program taklimat KDB bersama-sama dengan PEDi Kluster Pasir Puteh dan Kluster Besut di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Ismail dan juga Sekolah Kebangsaan Pasir Puteh Lelaki. Antara PEDi yang terlibat ialah PEDi Tok Janggut, PEDi Sg Petai,PEDi Cherang Ruku, PEDi Gong Kulim. PEDi Kluster Besut yang terlibat adalah PEDi Tasek Mengkuang, PEDi Felda Tenang dan PEDi Kg Baharu. Taklimat tersebut disertai seramai 500 orang pelajar di SMK Dato Ismail (SMKDI) dan seramai 120 orang pelajar lelaki dari SK Pasir Puteh Lelaki (SKPPL).

Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi maklumat masa kini terhadap kandungan media baru (bijak internet). Ia juga adalah memfokuskan kearah mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. KDB juga turut dapat membantu didalam memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Selain daripada itu, pihak PEDi juga turut mempromosikan perkhidmatan atau kemudahan yang terdapat di setiap PEDi. Antaranya ialah PEDi turut menyediakan kemudahan capaian internet serta tempat yang selesa untuk pengunjung yang ingin menyiapkan tugasan atau kerja kursus.

PEDi Gong Kulim Bersama PEDi Jeram telah menyertai satu program anjuran KRT Gong Kulim iaitu Karnival Perpaduan Komuniti Sejahtera yang berlangsung di perkarangan Sekolah Kebangsaan Kulim. Program tersebut bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang dan disertai oleh seramai 300 orang komuniti kg Kulim dan sekitarnya. Terdapat beberapa agensi lain yang terlibat disepanjang program berlangsung antaranya ialah KKM,POLIS,AADK,JPJ dan BOMBA.

Sepanjang program berlangsung, terdapat pelbagai aktiviti KDB yang telah disediakan oleh PEDi Jeram dan Gong Kulim antaranya ialah memberi taklimat KDB yang bertajuk Scammer kepada komuniti yang hadir beserta kuiz. Selain daripada itu, terdapat juga kuiz KDB yang disediakan dalam pelbagai acara seperti telinga pekak, permainan ular, silang kata dan juga acara menjawab kuiz menggunakan tablet yang disediakan.

Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) ini adalah bertujuan untuk melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi maklumat masa kini terhadap kandungan media baru (bijak internet). Ia juga adalah memfokuskan kearah mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna Internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain. KDB juga turut dapat membantu didalam memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *