Kelas Asas Microsoft Office Powerpoint telah diadakan. Kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan tentang asas penggunaan Microsoft Office Powerpoint serta fungsinya. Peserta telah diajar tentang bagaimana untuk menggunakan tools yang terdapat dalam Microsoft Office Powerpoint serta membuat tugasan menghasilkan slaid pembentangan dengan tajuk Sekolahku.
Program yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 3 jam ini juga turut diselit taklimat ringkas mengenai asas komponen komputer dan tayangan video Klik Dengan Bijak (Siber Grooming) dan Advokasi (Check Your Label). Kelas tamat pada sekitar pukul 12.00 tengah hari. Kehadiran adalah seramai 6 orang peserta daripada Kampung Jerijeh Baru.