Pada 18 Februari 2023 sebuah taklimat KDB & advokasi telah diadakan untuk komuniti PPR Bandaria Park. Taklimat ini telah dihadiri oleh empat orang peserta yang bertempat di bilik latihan PEDi PPR Bandaria Park, di mana mereka telah didedahkan tentang cara-cara mengenalpasti scammer dan langkah-langkah membanterasnya.
Perbuatan scammer di era hujung jari ini semakin berleluasa. Masyarakat hendaklah lebih cakna dengan kegiatan scammer ini agar mereka dapat mengelakkan diri daripada terkena perangkap scammer. Sekiranya perbuatan mereka ini tidak dibanteras, ia bakal menjadi barah dalam masyarakat kita.
Sepanjang taklimat ini berlangsung, penceramah menekankan cara-cara bagi bagi mengelakkan menjadi mangsa scammer. Penceramah turut menekankan agar mereka tidak berkongsi maklumat dengan individu yang mencurigakan dan melaporkan perkara tersebut kepada pihak polis sekiranya berlaku perkara seperti tersebut.
PEDi PPR Bandaria Park mengucapkan ribuan terima kasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka bagi menjayakan aktiviti ini. Kami berharap agar para peserta dapat memperoleh manfaat daripada aktiviti ini.