Keusahawanan dan ICT Bersama Pelajar Giatmara Putrajaya

Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Putrajaya meneruskan kelas modul seterusnya untuk sesi 1/2023 bersama Giatmara Putrajaya. Modul latihan Videografi dikendalikan oleh Encik Hazim, Pengurus PEDi Presint 16 dan Cik Atiqah, Rakan Digital PEDi Presint 16.

Pada modul kali ini, petugas PEDi Presint 16 mengendalikan sesi pembelajaran dan berkongsi maklumat mengenai ‘Personal Branding’ dan Videografi.

Merangkumi beberapa subtopik yang menjadi keutamaan sepanjang sesi ini berlangsung:

  1. Perlunya seorang usahawan itu mempunyai ‘personal branding’ bagi perniagaan mereka untuk menarik perhatian pelanggan-pelanggan.
  2. Cara ‘upload’ video untuk disunting.
  3. Memasukkan audio ke dalam video supaya lebih menarik.
  4. Menambah perkataan, efek yang menarik dan sebagainya.
  5. Terakhirnya ialah cara ‘export’ video untuk dipaparkan

Seterusnya, pelajar Giatmara di beri tugasan untuk mengambil dan menyunting video menggunakan aplikasi VN.

Sesi latihan kali ini dijalankan secara bersemuka di PEDi Presint 9 Fasa 10. Sesi bermula jam 10:30 pagi hingga 12:30 tengah hari dan dihadiri seramai 17 orang pelajar serta dibantu oleh petugas-petugas PEDi Presint 9 Fasa 10, PEDi Presint 9 Fasa 3 dan PEDi Presint 18.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *