Kelas Intensif Digital

Pada 2 Mac 2023 yang lalu, PEDi Repek sekali lagi kali berpeluang bekerjasama dengan Puan Siti Suraida, iaitu seorang tenaga pengajar bagi Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dari Sekolah Kebangsaan Sri Kiambang (SKSK). Beliau berhasrat untuk mempelajari ilmu digital bagi mendidik para murid beliau dengan lebih kreatif dan inovatif sejajar dengan perkembangan sistem pembelajaran hari ini yang semakin canggih. Kelas kedua ini diberi tajuk “Kelas Intensif Digital: Penyediaan Bahan Pengajaran & Pembelajaran Secara Atas Talian Menggunakan Aplikasi Digital (Wordwall)”.

Kelas kali ini dimulai dengan membuat pendaftaran akaun dalam laman sesawang WordWall. Puan Siti Suraida atau lebih mesra disapa sebagai Cikgu Siti menunjukkan semangat yang berkobar-kobar dan tidak jemu untuk terus mempelajari ilmu ICT yang mempunyai pelbagai kelebihan ini. Kelas ini dimulai dengan memilih templat yang bersesuaian dengan topik pilihan mengikut subjek yang diajar oleh beliau. WordWall juga mempunyai pelbagai tema yang boleh dipilih seperti tema hutan, taman permainan, dan banyak lagi yang dapat menarik minat para murid untuk menyertai aktiviti pembelajaran dalam bilik darjah dengan lebih giat.

Kemudian, beliau juga diberi tunjuk ajar dan pendedahan tentang cara memasukkan gambar-gambar berkaitan dengan memuatnaiik gambar secara atas talian, menambah dan menukar jenis tulisan, membuat perkongsian secara atas talian dan banyak lagi dalam menghasilkan permaina pendidikan yang menarik dan bermanfaat kepada para murid terutamanya murid-murid PPKI yang menjadi fokus utama Cikgu Siti kali ini. Beliau juga sempat menghasilkan 4 jenis permainan pendidikan yang diberi tajuk Kenali Bentuk Objek Tahun 1 PPKI SK Sri Kiambang, Pengurusan Diri: Kenali Perlakuan Positif Dan Negatif Tahun 2 PPKI, Mengecam Objek Yang Sama Tahun 1 PPKI dan PPKI Tahun1: Cari Perkataan KVKVK selama dua jam kelas berlangsung. Akhir sekali, beliau diberi masa untuk membiasakan diri menggunakan aplikasi WordWall ini.

Justeru itu, ibu bapa dinasihatkan sekiranya mempunyai anak-anak berkeperluan khas, ibu bapa perlu menghantar anak-anak mereka ke sekolah yang mempunyai kelas PPKI ini. Sekolah ini juga mampu mendidik anak-anak menjadi insan sempurna dari segi pembelajaran dan juga kemahiran asas dalam hidup. Oleh itu, staf PEDi berharap dengan segala perkongsian daripada cikgu PPKI SK Sri Kiambang ini memberi manfaat kepada seluruh komuniti agar cakna dengan program PPKI yang mempunyai banyak kelebihan ini.

Maklumat lanjut sila layari http://kgrepek.pimaxis.my/aktiviti/2023/5Mac23_020323.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *