Pada 15 Mac 2023, pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah menjalankan Program Perkhidmatan Kaunter Bergerak yang bertempat di PEDi Changkat Jering. Program telah berlangsung selama 4 jam itu, bermula jam 10.00 pagi sehingga 2 petang dan seramai 33 orang usahawan yang hadir sepanjang program berlansung. Pihak PEDi bersama staf kakitangan SSM telah membimbing komuniti untuk pendaftaran akaun EzBiz, Pendaftaran SSM, memperbaharui SSM dan mengemaskini maklumat SSM.
Maklumat lanjut sila layari http://cjering.pimaxis.my/aktiviti/2023/EzBizMac.html