Bertempat di PEDi Pokok Sena, kelas MS Powerpoint telah diadakan pada 9 Mei 2023 yang lalu. Seorang guru KAFA yang juga merupakan usahawan produk kesihatan telah datang ke PEDi Pokok Sena untuk menghadiri kelas MS Powerpoint. Menyedari tentang kepentingan MS Powerpoint, peserta tersebut meminta bantuan daripada staff PEDi Pokok Sena untuk mengajarkan tentang asas-asas dalam MS Powerpoint.
Kelas ini telah mengambil masa selama dua jam yang mana telah mendapat maklum balas yang positif daripada peserta tersebut. Peningkatan dari segi penguasaan ICT dan multimedia juga telah diperoleh daripada kelas ini yang mana dapat membantu peserta untuk memudahkan tugasan kerjanya. Staff PEDi Pokok Sena juga telah memberi tunjuk ajar kepada peserta agar peserta dapat mengaplikasikan semua teknik yang diberi ke dalam tugasan beliau.
Staff PEDi Pokok Sena juga telah menggunakan kesempatan kelas selama dua jam ini untuk memberi taklimat PDPA kepada peserta supaya peserta lebih berhati-hati dalam berkongsi tentang data peribadi di dalam internet.
Maklumat lanjut http://pokoksena.pimaxis.my/aktiviti/2023/PPMei.html