Tips Menjadi Dropship Yang Berjaya

Selasa bersamaan 9 Mei 2023, pihak PEDi Spaoh telah menyediakan satu video 5 Tips untuk menjadi Dropship yang berjaya. Video tersebut telah dihantar ke laman sosial PEDi Spaoh seperti Facebook, Instagram dan TikTok. Video yang berdurasi 5 minit tersebut adalah untuk memberikan tips kepada masyarakat yang ingin menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai Dropship.

Ramai orang sekarang yang ingin berniaga tidak mengira umur yang muda mahupun yang tua. Ramai yang ingin mencari pendapatan sampingan untuk menampung keperluan kehidupan buat masa kini. Tetapi terdapat masalah yang timbul yang iaitu untuk berniaga perlulah modal yang besar. Tanggapan itu adalah benar. Namun ada juga, berniaga tetapi tidak perlu modal yang besar iaitu menjadi dropship. Dropship ialah sesebuah bisnes untuk seseorang indidvidu yang mahu berniaga tanpa perlu untuk menyimpan stok dengan lama.

Tugas seorang dropship hanyalah untuk mengambil pesanan dan mempromosikan perniagaan di mana-mana platform media sosial dan rakan-rakan. Tugas menghantar produk diserahkan kepada pihak pembekal. Dropshipper juga akan menerima komisyen hasil daripada jualan yang dibuatnya. Komisyen akan menjadi besar dan berbaloi apabila barang yang terjual adalah banyak. Untuk menjadi dropshipper yang berjaya anda perlulah mengetahui rahsia yang digunakan.

Antara tips yang telah dibentangkan dalam video adalah:

Cari Produk Yang Viral Atau Popular
Mencari Pembekal Berpotensi
Tumpukan Hanya Pada Satu Produk Dan Pembekal.
Produk Mesti Dicuba Terlebih Dahulu
Memiliki Ramai Pengikut Di Media Sosial
Pihak PEDi Spaoh berharap masyarakat yang melohat video tersebut dapat menimba ilmu untuk menjadi seorang dropship yang berjaya.

Maklumat lanjut http://kgbaruspaoh.pimaxis.my/aktiviti/2023/TipsDropshipMei.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *