Kedai burger ini diusahakan oleh Abang Non. Beliau digelar sebagai Raja Burger Utara. Lokasi kedai burger ini di Sungai Kepar, Simpang 4 Semanggol. Waktu operasi kedai burger ini bermula pukul 5.30 petang hingga pukul 11 malam.
Jika anda melalui jalan dari Bagan Serai ke Taiping, kedai burger ini di sebelah kiri. Anda akan nampak banner kedai burger ini.
Di sini beliau lebih promosikan burger 3 rasa & pelbagai burger bakar. Burger 3 rasa memang sedap sangat2 & terbaik…rasanya lain dari yang lain. Dek layanan mesra & ramah Abang Non & isteri kepada pelanggan membuatkan mereka selesa untuk menikmati burger di sini.
Untuk tempahan sila hubungi 012 4567446