Encik Mohd Najib bin Abdul Hamid telah terpilih sebagai salah seorang calon untuk ke sesi temuduga bagi Geran Pemasaran Usahawan yang dikelolakan oleh Pihak Perbadanan Usahawan Johor Sdn Bhd (PUJB). Temuduga ini dijalankan secara dalam talian melalui platform zoom dan Encik Mohd Najib memilih untuk ke PEDi memandangkan liputan internet yang baik dan bantuan dari Pengurus PEDi ketika asal permohonan dibuat.
Sesi temuduga Encik Mohd Najib berlangsung pada jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 3.40 petang. Temuduga secara dalam talian ini bukan sahaja menjimatkan masa dan kos perjalanan para usahawan akan tetapi membolehkan mereka untuk menyesuaikan diri dengan platform digital secara dalam talian. Geran Pemasaran Usahawan yang ditawarkan adalah berupa video dokumentasi bagi para usahawan PUJB yang terpilih.
Maklumat lanjut http://tanjungpiai.pimaxis.my/aktiviti/2023/IVGeranMei.html