Butik Gorgeuoskasih Hijabb merupakan perniagaan yang diusahakan oleh usahawan muda yang dimiliki oleh Pn. Noor Azimah Binti Abdillah yang baru berusia 27 tahun . Beliau mengusahakan perniagaan yang berkaitan dengan pakaian muslimah, pakaian pengantin, tudung, sabun kelulut, dan sebagainya.
Butik Gorgeuoskasih Hijabb ini sudah bertapak selama 5 tahun.Ianya mula beroperasi pada tahun 2010 .Di antara pelanggan yang berkunjung ke butik ini ialah penduduk setempat di sekitar Daerah Meradong dan penduduk luar seperti Sibu, Sarikei, Kuching, Miri, Bintulu, sehingga ke luar negeri Sarawak iaitu Sabah.
Uniknya mengenai perniagaan ini ialah ianya mula diperkenalkan sepenuhnya melalui media sosial iaitu Facebook dan bekembang sehingga berjaya membuka butiknya sendiri di Pasar Tani di Daerah Meradong. Hubungi Pn. Noor Azimah Binti Abdillah untuk sebarang pertanyaan dan tempahan di talian 013 832 5815 atau boleh melayari laman sosial facebooknya di Gorgeuoskasih Hijabb.