Pada 04 Jun 2023 (Ahad) – Pada program kali ini, PEDi Putrajaya telah bekerjasama dalam melaksanakan program sempena cuti persekolahan 2023, dimana peserta mempelajari cara berlakon secara spontan, merakam dan menyunting video menggunakan applikasi CatCut. Aktiviti ini diadakan berlangsung selama 3 jam bermula 10.00 pagi sehingga 1.00 petang melibatkan 10 orang peserta. Tujuan utama aktiviti ini dilaksanakan untuk membina dan mengasah kemahiran soft skill pada setiap peserta.
Pada permulaan sesi, petugas memberikan penerangan dan kriteria yang diperlukan untuk menghasilkan video yang baik. Peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan dan mereka diberi masa untuk membuat lakonan spontan mengikut tema dan tajuk yang mereka pilih. Peserta merakam menggunakan telefon bimbit dan seterusnya menyunting video.
Setiap ahli kumpulan memainkan peranan masing-masing untuk menghasilkan video yang menarik. Bagi sesi kedua, peserta diminta untuk merakam hasil nyanyian secara berkumpulan. Peserta bebas memilih lagu dan diminta menyanyi bersama – sama. Peserta merakam nyanyian menggunakan telefon pintar untuk memudahkan mereka menyunting video nyanyian. Diakhir sesi, diadakan penyampaian hadiah serta sesi bergambar bersama peserta dan petugas PEDi.
Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/ActSingJun.html