Nama asalnya dikenali sebagai Tasik Tai Parit sebelum ditukarkan menjadi Tasik Biru, Bau, Sarawak pada 1970-an yang terletak kira-kira 35 kilometer dari Bandaraya Kuching. Memang nama Tasik Biru ini agak asing kepada kebanyakan pelancong dan atas sebab itulah kerajaan negeri Sarawak sedang membangunkannya untuk dijadikan lokasi tarikan terbaru di negeri ini.
Tasik Biru sebenarnya bukanlah tasik semula jadi kerana ia terbentuk daripada aktiviti perlombongan emas yang dijalankan oleh Borneo Company pada 1898. Namun, operasi lombong itu ditutup ekoran banjir yang melanda pada tahun 1921 sehinggalah ia dibuka semula kepada umum pada 21 April 2001 tetapi sebagai lokasi pelancongan.
Kini tasik ini dihidupkan semula dengan menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti tandas, kedai makan, taman rekreasi dan aktiviti berkayak serta terdapat cruise untuk membawa pelancong menikmati keindahan dan kehijauan persekitarannya cukup mendamaikan.
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Encik Harrison +6 019-8397332