Pada 17 Jun 2023 (Sabtu), PEDi Kg. Jeriah dengan kerjasama NZ Bunga Venture telah melaksanakan Kursus Pengenalan & Tatacara Permohonan Persijilan Sediaan di Rumah (Home Based Food) pada pukul 2:30 petang sehingga pukul 4:30 petang. Kursus tersebut telah dijalankan secara atas talian melalui aplikasi Zoom. Seramai 7 orang peserta telah menyertai kursus ini di mana 2 orang datang secara fizikal ke PEDi Kg Jeriah manakala 5 orang lagi telah menghadiri kursus ini secara atas talian dari rumah.
Melalui kursus tersebut, peserta didedahkan dengan pengenalan kepada persijilan sediaan di rumah (home based food) dengan lebih mendalam. Peserta juga turut didedahkan dengan kelebihan mendapat persijilan sediaan di rumah dimana dapat menjadikan produk tersebut lebih dipercayai pelanggan kerana telah diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Disamping itu, melalui kursus ini juga, para peserta didedahkan dengan proses permohonan pensijilan sediaan di rumah (home based food) mengikut prosedur yang betul dan mudah untuk mendapatkan kelulusan. Program ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada komuniti dan diharapkan sokongan ini akan berterusan.
Maklumat lanjut http://kgjeriah.pimaxis.my/aktiviti/2023/HomeBasedFoodJun.html