Pertandingan Mencipta Bahan Mengajar Multimedia

Tadika Kemas Negeri Johor sedang mengadakan pertandingan mencipta bahan mengajar dengan menggunakan pelbagai platform multimedia. Tadika Kemas cabang Parit Muhammad, Parit Puasa, dan Kampung Muhibbah turut mengambil bahagian dalam pertandingan ini dan mereka telah datang ke Pedi Parit Othman untuk mendapatkan bimbingan dalam penyediaannya. Pertandingan ini bertujuan untuk menerokai bakat dan kreativiti dalam dunia multimedia di kalangan guru-guru tadika Kemas negeri Johor. Para peserta akan diberi peluang untuk mengunakan idea-idea mereka dengan mengunakan pelbagai platform.

Ketiga-tiga guru ini telah mempelajari ilmu menggunakan kemudahan multimedia seperti Canva, Youtube, Capcut, Microsoft Power Point, membuat animasi, mencipta permainan dan lain-lain. Mereka telah mengambil masa selama hampir 2 minggu untuk menyiapkan bahan pertandingan berkenaan. Diharap aktiviti ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka dalam menggunakan ilmu berkenaan bukan sahaja untuk pertandingan ini malah dapat digunakan untuk kegunaan harian yang lain.

Maklumat lanjut http://paritothman.pimaxis.my/aktiviti/2023/TeachToolJul.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *