Sabtu, 17 Jun 2023 – Telah berjaya diadakan Kelas Bijak Menjawab Kuiz Bahasa Melayu (e-Learning) bersama murid darjah 5 SK Kg Chengal seramai 9 orang, kelas yang bermula dari jam 2.00 petang sehingga 5.00 petang berlangsung di PEDi Kg Chengal. Modul pembelajaran yang diketengahkan ialah Bahasa Melayu iaitu menjawab kuiz mengikut kategori iaitu antonim, sinonim, simpulan bahasa, dan penjodoh bilangan. Kuiz tersebut dijawab menggunakan aplikasi Kuiz Bahasa Melayu yang di muat turun di telefon pintar masing-masing.
Aplikasi ini boleh didapati di Google Playstore dan App Store, ianya merupakan aplikasi uji minda untuk meningkatkan ilmu pengetahuan diluar waktu pembelajaran sekolah. Selepas itu, setelah selesai muat turun aplikasi tersebut kelas dimulakan dengan pengenalan kepada aplikasi dan penerangan kategori kuiz yang ada. Kelas diteruskan dengan sesi menjawab kuiz mengikut setiap kategori yang ada secara individu sehingga selesai dan markah dikira mengikut jumlah jawapan betul setiap kategori kuiz yang dijawab oleh peserta.
Akhir sekali, kelas yang dibimbing oleh AM PEDi Kg Chengal telah selesai dan para pelajar juga berjaya menjawab kuiz dengan sangat memuaskan. Pihak PEDi Kg Chengal ingin berterima kasih kepada pelajar kerana minat untuk sertai kelas Kuiz Bahasa Melayu ini, kami akan perbanyakkan lagi kelas seumpama ini untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan memupuk minat untuk belajar di kalangan murid sekolah.
Maklumat lanjut http://kgcengal.pimaxis.my/aktiviti/2023/QuizBMJun.html