Pada 29 Ogos 2023, Selasa, PEDi Rantau Panjang telah mengadakan Kelas Affiliate TikTok. Kelas ini bermula dari pukul 2:00 petang sehingga 3:00 petang. Seramai seorang ahli belia PEDi telah menghadiri kelas tersebut. Antara pengisian kelas tersebut adalah staf PEDi telah berkongsi cara menggunakan TikTok dengan mencipta video ‘User Generated Content’ melalui platform TikTok. Peserta juga telah diberi panduan dan sokongan atas cara mencipta kandungan dan cara mencipta bag kuning hanya dengan TikTok.
Content tersebut dapat menambah nilai kepada client dan menjana pendapatan sampingan yang boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Peserta juga diajar cara untuk mendaftar di platform Seller Centre TikTok dan hubungkan pautan akaun tiktok personal. Peserta juga boleh terus mencipta video dan mendapat komisen hasil pembelian pelanggan daripada bag kuning di akaun TikTok. Diharapkan dengan kelas yang dianjurkan ini dapat membantu anak-anak muda untuk menjana pendapatan sampingan sendiri dan semoga berjaya membina kerjaya dalam Affiliate TikTok ini.
Maklumat lanjut http://rantaupanjang.pimaxis.my/aktiviti/2023/AffiliateTikTokAug.html