Program Hari Bertemu Pelanggan

Pada 26 Ogos 2023 (Sabtu) – Pejabat Pengarah Tanah & Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menganjurkan Program Pemantapan Kesedaran Pengurusan Hartanah dan Hari Bertemu Pelanggan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Putrajaya (PPTGWPPj) di Dewan Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Ketumbar, Presint 17, Putrajaya. Program ini berlangsung selama 5 jam bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari. Terdapat pelbagai jualan dan booth pameran dari pelbagai agensi

Pihak MCMC telah mendapat jemputan untuk turut serta sebagai pempaper bagi program tersebut dan wakil dari setiap PEDi (Pengurus/Penolong Pengurus) serta Rakan Digital di Putrajaya iaitu dari PEDi Presint 9 Fasa 3, Presint 9 Fasa 10, Presint 18 dan Presint 16 turut hadir dalam memberikan kerjasama untuk menjayakan program ini. Wakil PEDi telah diberi tugasan untuk membantu dalam aktiviti advokasi di booth pameran MCMC

Antara aktiviti advokasi yang diadakan adalah:-

  • Pendaftaran Keahlian PEDi secara percuma
  • Penerangan mengenai PEDi & KDB
  • KDB Wordsearch
  • Pop Kuiz Pengetahuan Am
  • Rimba Game KDB

Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/26%20ogos%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *