Fotografi Produk

PEDi Putrajaya telah meneruskan sesi pembelajaran bagi modul ke-3 Latihan Keusahawanan Bersama Pelajar Giat Mara Putrajaya sesi 2/2023. Program diadakan selama 3 jam bermula 9.30 pagi sehingga 12.30 bertempat di PEDi Presint 16 yang dihadiri oleh 10 orang pelajar. Kelas dimulakan dengan aktiviti bagi Program Malaysia ICT Volunteer oleh petugas PEDi Putrajaya dengan bantuan Encik Amirul dari CKPOKU, Jabatan Penerangan Malaysia. Peserta diberi taklimat selama 15 minit melalui tayangan video dan slide, mengenai Check Your Label

Bagi modul ketiga ini, peserta mempelajari teknik mengambil gambar produk, rule of third, pemilihan latar belakang, penggunaan Mini Studio, Flatlay dan pelbagai lagi. Peserta juga mempelajari cara menggunakan applikasi yang boleh digunakan untuk mencantikkan dan menyunting gambar produk mereka seperti snapseed

Bagi sesi kedua, peserta diberikan tugasan hands on dimana perlu mengambil gambar produk mereka menggunakan Mini Studio dan Flatlay yang disediakan. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar 1 gambar Mini Studio dan 1 gambar Flatlay, seterusnya setiap hasil tugasan tersebut akan dipaparkan di skrin utama. Petugas PEDi akan memberi komen dan penilaian pada setiap gambar untuk membantu peserta lebih memahami hasil gambar tersebut

Melalui modul seperti ini, peserta dapat mempelajari teknik yang betul dan berkesan dalam penghasilan gambar produk, seterusnya menggunakan gambar tersebut untuk dipaparkan di platform perniagaan mereka untuk menarik minat pelanggan. Program diakhiri dengan sesi bergambar bersama peserta, guru pengiring dan petugas PEDi Putrajaya.

Maklumat lanjut http://presint9f10.pimaxis.my/aktiviti/2023/8%20sept%202023.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *