Pada 15 September 2023, telah berlangsungnya sesi pengisian maklumat pemohon untuk jawatan kosong secara atas talian dalam portal E-Recruitment. Peserta ini adalah terdiri daripada orang awam lepasan SPM, dari Kampung Rajang. Jawatan kosong yang dipohon ini adalah berdasarkan jawatan yang telah diiklankan dari media massa dah hebahan orang awam.
Kelas yang berlangsung sekitar jam 9.00 pagi dan berlangsung selama 1 jam ini turut diselit tayangan berkenaan E-Waste dan juga taklimat ringkas mengenai Klik Dengan Bijak (KDB), iaitu saranan dari pihak MCMC supaya berhati-hati dengan informasi tidak sahih di media sosial.
Maklumat lanjut http://kgjerijeh.pimaxis.my/aktiviti/2023/ERecSept2.html