Pada 1 September 2023, aktiviti “Cup Stack Challenge” telah diadakan di PEDi Parit Othman . Tujuan utamanya adalah untuk mengasah kemahiran berpasukan dan kemahiran menyelesaikan masalah. Para peserta dibekalkan 6 biji cawan, gelang getah dan tali. Mereka perlu memikirkan cara membina binaan cawan seperti contoh dalam paparan di Youtube yang telah dipaparkan. Peserta turut diberikan bimbingan daripada kakitangan PEDi Parit Othman dalam menyelesaikan tugasan ini. Setiap peserta perlu memegang tali yang diikat pada gelang getah untuk memindahkan cawan-cawan tersebut. Mereka berjaya membina kesemua binaan yang diarahkan. Diakhir sesi, mereka menganalisis sendiri yang mana binaan yang kukuh dan mana yang tidak. Walaupun agak sedikit sukar untuk memastikan cawan tersebut tidak jatuh, tetapi mereka sangat bersemangat untuk menyelesaikan tugasan ini.
Aktiviti ini secara tidak langsung, dapat memberi mereka diberi peluang untuk mengasah daya kreativiti dalam diri mereka, Proses kerja sama dalam menyelesaikan tugas ini turut memberi pengalaman berharga kepada peserta dan dapat mengajar mereka tentang pentingnya bekerja sebagai satu pasukan dan berinteraksi dengan peserta lain.
Selepas selesai tugasan berkenanan, para peserta meneruskan sesi pembelajaran dengan mempelajari cara menyiapkan laporan tugasan dengan mengunakan Aplikasi Canva. Oleh kerana mereka merupakan pelajar baru, mereka perlu membuat pendaftaran akaun Gmail untuk membolehkan mereka mengunakan Canva. Setelah siap mendaftar, mereka telah diajar cara mengunakan themplete yang ada untuk menghasilkan bahan laporan aktiviti tadi. Diharap tugasan ini serba sedikit dapat menambah lagi pengatahuan ilmu ICT mereka.
Maklumat lanjut http://paritothman.pimaxis.my/aktiviti/2023/1%20sept%202023.html