8 September 2023, Jumaat – Pusat Ekonomi Digital, PEDi Putrajaya telah mengadakan kelas modul Photoshoot Product bersama pelajar Giatmara Putrajaya di PEDi Presint 16. Seramai 10 orang pelajar telah menyertai kelas ini yang bermula pada jam 10.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Kelas dimulakan dengan Program Malaysia ICT Volunteer oleh staff PEDi Putrajaya dengan bantuan Encik Amirul dari CKPOKU, Jabatan Penerangan Malaysia. Penerangan mengenai program MCMC iaitu program Check Your Label telah diperkenalkan kepada para peserta. Peserta diberi taklimat selama 15 minit.
Setelah itu, Pengurus PEDi Presint 9 Fasa 3, iaitu Puan Sarah meneruskan taklimat Photoshoot Product kepada para peserta. Modul ini merangkumi pengenalan kepada produk, teknik mengambil gambar produk, rule of third, pemilihan latar belakang, penggunaan Mini Studio, Flatlay dan pelbagai lagi. Peserta turut dibantu oleh staff PEDi Putrajaya yang lain semasa tugasan. Peserta diberikan tugasan hands on dengan perlu mengambil gambar produk mereka menggunakan Mini Studio dan Flatlay yang disediakan. Setiap pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan perlu menghantar 1 gambar Mini Studio dan 1 gambar Flatlay. Program diakhiri dengan sesi penilaian gambar peserta dan sesi bergambar dengan peserta di luar premis PEDi Presint 16.
Maklumat lanjut http://presint9f3.pimaxis.my/aktiviti/2023/PhotoshootProdSept.html