Program Bersama Kafeteen Presint 16 dan Kelas IoT QuiverVision

Pada 7 Oktober 2023 (Sabtu) – Pihak Kafeteen LPPKN Presint 16 telah berkolaborasi bersama PEDi Putrajaya mengadakan program bersama remaja yang khususnya berumur 12 tahun sehingga 24 tahun. Program ini mempunyai dua sesi iaitu sesi secara bersemuka dan secara maya, telah berlangsung untuk sesi pertama yang bertempat di bilik latihan PEDi Presint 9 Fasa 10 yang dihadiri oleh 13 orang peserta turut dibantu oleh staff dari PEDi Presint 16, Presint 18 dan juga Presint 9 Fasa 3. Utamanya program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kepada para remaja untuk mempelajari anggota-anggota badan yang sensitif dan juga tidak sensetif.

Program ini bermula pada jam 2.00 petang sehingga jam 4:30 petang. Seterusnya pada 4:30 petang sehingga 5:00 petang pihak PEDi mengambil kesempatan untuk meneruskan dengan aktiviti IoT (QuiverVision) bersama peserta-peserta. Puan Anis telah memberi penerangan ringkas tentang applikasi QuiverVision yang boleh dimuat turun melalui “Google Store” ataupun “App Store”. Kemudian peserta-peserta mencuba mengendalikan sendiri applikasi tersebut. Akhir sekali adalah sesi bergambar di hadapan PEDi bersama pihak Kafeteen dan juga para peserta.

Maklumat lanjut http://presint16.pimaxis.my/aktiviti/2023/QuiverVisionOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *