Program Keusahawanan Bersama Ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM)

Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Presint 16 dan dengan kerjasama ahli Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) telah mengadakan perjumpaan bagi usahawan yang menyertai Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) sebagai ahli atau lebih dikenali sebagai Sahabat AIM. Perjumpaan telah berlangsung dari pukul 1.00 tengahari sehingga 2.00 petang.

Perjumpaan ini dihadiri oleh 6 orang usahawan dan 2 orang kakitangan PEDi Presint 16 iaitu Pengurus PEDi, Encik Hazim dan Rakan Digital PEDi, Cik Atiqah. PEDi Presint 16 telah menjadi pusat AIM bermula dari tahun 2016 dan pusat ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada usahawan terutamanya wanita yang ingin mendapatkan modal bagi memulakan atau meneruskan perniagaan.

Perjumpaan sahabat AIM di PEDi Presint 16 akan berterusan di sini dan berharap akan menjadi pusat yang terbaik di antara pusat Sahabat AIM di seluruh Malaysia.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *