Kelas STEM Art Visual 3D

Pada 15 Oktober 2023 bersamaan hari ahad, kakitangan PEDi telah membantu tiga orang pelajar Tingkatan 6 dari SMK Sri Kukup untuk menyiapkan tugasan mereka berkaitan Seni Visual 3D. Mereka telah hadir ke PEDi pada jam 3.00 petang dan berakhir sesi kelas yang dijalankan pada jam 5.00 petang. Ketiga-tiga mereka telah diajar mengenai teknik-teknik asas dalam membuat dimensi 3D berdasarkan kefahaman yang dimilik oleh petugas PEDi.

Mereka diarahkan untuk membuat garisan berpandukan format yang telah diberikan oleh guru di atas kertas lukisan. Kemudiannya para pelajar ini perlu menggunakan imaginasi masing-masing bagi membolehkan mereka menampakkan corak lukisan berkonsep 3D di atas lukisan tersebut. Berbekalkan dengan peralatan yang sedia ada, ketiga-tiga mereka dibimbing di samping kaedah penerangan yang diberikan oleh petugas PEDi.

Maklumat lanjut https://tanjungpiai.pimaxis.my/aktiviti/2023/Art3DOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *