Bimbingan Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat dalam Akaun idME

Pada 15 Oktober 2023, PEDi Tanjung Piai telah bekerjasama dengan SK Seri Sinaran Chokoh untuk mengadakan satu program kerjasama mengenai Bimbingan Pendaftaran dan Pengemaskinian Maklumat dalam Akaun idME. Akaun idME adalah satu akaun yang telah dibangunkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menyelaraskan sistem permohonan pelajar ke sekolah rendah dan menengah di samping butiran murid yang boleh diakses oleh ibu bapa. Program ini telah dijalankan di Makmal Komputer bersama lebih kurang hampir 20 orang yang terdiri daripada pihak ibu dan bapa.

Petugas PEDi telah memberi bimbingan kepada para ibu bapa yang hadir sambil menerangkan kepada akan fungsi akaun ini serta kaedah untuk membukanya. Ibu bapa yang hadir perlulah membawa kad pengenalan diri, Mykid atau surat beranak anak-anak serta telefon pintar bagi memudahkan urusan. Program yang dilaksanakan ini telah bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengah hari.

Maklumat lanjut https://tanjungpiai.pimaxis.my/aktiviti/2023/idMEOct.html

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *