Pada 27 Oktober 2023 yang lalu, pihak PEDi Batang Maro telah mengadakan kelas entrepreneur iaitu Design Sticker and Logo. Kelas tersebut telah dihadiri oleh 2 orang belia Kampung Batang Maro. Objektif utama kelas diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran dalam mencipta logo dan sticker untuk produk perniagaan mereka. Dengan adanya logo, perniagaan usahawan akan melambangkan kerja yang professional dan juga merupakan cara usahawan untuk berkomunikasi dengan pelanggan.
Terdapat beberapa kepentingan sticker iaitu produk akan lebih dipercayai dan akan timbul keyakinan dalam diri customer untuk membeli. Seterusnya, dapat menarik hati pelanggan dan dapat menyampaikan sesuatu info produk. Dengan adanya kelas seperti berikut, hasil perniagaan para usahawan akan lebih maju dan lebih dikenali di luar negeri.
Maklumat lanjut https://batangmaro.pimaxis.my/aktiviti/2023/StickernLogoOct.html