Mesyuarat Panel Penasihat 2.0 PEDi Tj. Bowang Bersama Rakan Digital PEDi

Pada 16 Julai 2022, kakitangan PEDi Tanjong Bowang telah mengadakan Mesyuarat Panel Penasihat 2.0 bersama dengan Rakan Digital PEDi Tj. Bowang. Agenda utama di dalam mesyuarat ini adalah untuk memperkenalkan Rakan Digital (RD) PEDi Tj. Bowang kepada ahli Panel Penasihat PEDi Tj. Bowang.

Antara perkara utama yang telah dibincangkan di dalam mesyuarat ini ialah:

Peranan dan tanggungjawab RD terutamanya di dalam skop Keusahawanan Digital (E-Dagang) PEDi.
Contoh cadangan program berbentuk Keusahawanan Digital yang boleh dilaksanakan.
Makluman mengenai misi mencari usahawan PEDi Tj. Bowang melalui bantuan dan sokongan Panel Penasihat.
Penerangan mengenai faedah-faedah sekiranya berdaftar menjadi usahawan PEDi.
Selain itu, turut diselitkan sesi advokasi secara ringkas mengenai topik: 10 Perkara Tentang Reputasi Digital kepada ahli panel penasihat sebagai ilmu tambahan serta panduan kepada mereka.

Pihak PEDi Tj. Bowang amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Panel Penasihat PEDi Tj. Bowang yang sudi meluangkan masa bersama kami di dalam mesyuarat kali ini. Diharapkan, hubungan dan kerjasama yang baik dapat terus dijalin erat dalam membantu memajukan komuniti setempat melalui peranan PEDi.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *