Melukis Digital

Pada 7 Julai 2022, telah diadakan kelas belajar melukis menggunakan komputer melalui pautan berikut (https://www.autodraw.com/). Kelas ini diadakan selama satu jam bertempat di Bilik Latihan, Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Kg Karangan bersama 5 orang pelajar sekolah rendah. Kelas ini bertujuan untuk menambah kemahiran peserta menggunakan komputer disamping mencungkil bakat melukis. Kelas ini diadakan sempena menyambut Hari Raya Aidiladha 2022 dengan tema lukisan masing-masing adalah suasana raya korban dan seterusnya diadakan permainan Kahoot yang bertajuk Qurban.

Antara kelebihan yang diperoleh daripada aktiviti ini adalah:

  1. Mencungkil dan mengasah bakat kreativiti dalam diri peserta/ pelajar.
  2. Memupuk disiplin diri untuk menyiapkan tugasan dalam masa yang telah ditetapkan.
  3. Menarik minat peserta untuk mengetahui lebih lanjut akan kelebihan penggunaan laman web tersebut.
  4. Melatih peserta supaya lebih berkemahiran menggunakan perisian dalam komputer.
  5. Memberi lebih pendedahan dan kemahiran baru kepada peserta berkenaan IT dan ICT yang boleh digunakan dalam perkembangan pembelajaran peserta pada masa akan datang.

Diharapkan agar kelas ini dapat membantu para pelajar untuk lebih berpengetahuan serta mahir menggunakan perisian dalam komputer. Kakitangan PEDi amat mengalukan kehadiran para pelajar yang berminat untuk menyertai kelas secara percuma menggunakan kemudahan komputer dan internet di PEDi Kg Karangan. #ManfaatkanTeknologiDiHujungJari.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *