Program Kesihatan Warga Emas dan Saringan Tuberulosis

Program kesihatan warga emas dan saringan Tuberkulosis (TB) anjuran bersama Klinik Kesihatan Jeram Tekoh diadakan pada hari Khamis, 21 July 2022 bermula jam 9.00 pagi sehingga 1.00 tengahari. Peserta yang terlibat dalam program ini merupakan komuniti yang menetap di Kesedar Jaram Tekoh termasuk peneroka dan anak-anak peneroka Kesedar Jeram Tekoh. Program ini di jalankan di dewan serbaguna Kesedar Jeram Tekoh.

Progam ini merupakan program penjagaan kesihatan anjuran bersama klinik kesihatan Jeram Tekoh yang menerangkan kepentingan penjagaan kesihatan terutama berkaitan dengan penyakit Tuberkulosis (TB) dan penyakit-penyakit kronik lain seperti penyakit kencing manis, darah tinggi dan jantung. Ceramah ini disampaikan oleh Doctor yang bertauliah dari Hospital Besar Gua Musang dan Doctor dari Klinik kesihatan Jeram Tekoh.

Bersemperna dengan tema Hari Penjagaan Kesihatan Sedunia pada tahun ini Klinik Kesihatan Jeram Tekoh bersama Pusat Ekonomi Digital Kelaurga Malaysia (PEDi) ingin mendedahkan kepada masyarakat akan pentingnya menjaga kesihatan diri terutama di persekitaran dunia sekarang yang masih dalam keadaan yang membimbangkan dengan penularan penyakit-penyakit yang berbahaya yang masih ada sehingga kini. Selain itu, kami akan turut mendedahkan bagaimana penjagaan kesihatan boleh dilakukan dan diterapkan dalam kehidupan sehari-hari masyarakat.

Di akhir program ini, penceramah membuat sesi Q&A bersama peserta bertujuan untuk melihat sejauh mana peserta memahami apa yang telah disampaikan oleh penceramah berkaitan dengan penjagaan kesihatan terutama berkaitan dengan penyakit Tuberkulosis (TB) kerana ramai masyarakat tidak memandang penyakit sebagai penyakit yang serius dan lalai dalam mencegah penyakit ini terus berjangkit. Dan akhir sekali, sebelum program selesai diadakan sesi bergambar dan pembahagian cabutan bertuah dan saguhati kepada penal penceramah.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *