Program Ceramah Pencegahan Jenayah Siber

Program anjuan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Daerah Sentul dengan kerjasama Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Cawangan Batu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur serta Pusat Digital Ekonomi Keluarga Malaysia PPR Intan Baiduri telah dilaksanakan dengan berjayanya.

Seramai lebih 150 orang komuniti setempat telah hadir dan memeriahkan program tersebut. Terdapat pelbagai aktiviti telah dijalankan sewaktu program itu berlangsung, antaranya ialah pameran dan pembukaan booth dan ceramah mengenai Jenayah Siber. Selain itu, program ini dapat mendidik dan memupuk komuniti supaya lebih berhati-hati dengan jenayah siber pada zaman ini yang sangat membahayakan.

Check Also

STEM : Straw Air Plane

Pusat Ekonomi Digital Felda Sungai Lui (PEDi) telah mengadakan kelas berunsurkan STEM : Straw Air …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *