PEDi Presint 18 telah mengikuti forum yang membincangkan kepentingan akses Internet yang selamat dan mampan bagi memastikan kanak-kanak perempuan dan belia wanita dapat meneroka dan berkembang maju dalam bidang pekerjaan sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM).
Sesi ini diadakan sebagai salah satu aktiviti sambutan Girls in ICT 2022, sebuah sambutan tahunan yang dianjurkan oleh Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU) sejak 11 tahun lalu dan diraikan di seluruh dunia. Malaysia meraikan inisiatif ini melalui penyelarasan oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia dengan kerjasama rakan strategik dan sektor korporat.
Pegawai PEDi di seluruh Malaysia, diberi maklumat untuk menghebahkan seramai mungkin ahli komuniti PEDi untuk mengikuti program ini. Faedah dan ilmu yang diperoleh dari sesi perbincangan digunakan oleh para pegawai PEDi untuk memberikan taklimat kepada komuniti setempat berkaitan keselamatan siber.
Program ini diadakan selama 2 jam 30 minit bermula 2.00 petang hingga 4.30 petang. Forum dijalankan secara atas talian menggunakan aplikasi Zoom